28 Januari 2010
Berterima kasihlah pada orang atasan..
Kalau sekolah anda dapat seorang Guru Besar yang OK..
OK dari segi apa..?
OK dalam kebanyakan perkara..

Sekadar hiasan
Sebaliknya..
Kepada bekas sekolah aku sebelum ini pula..
Majoriti warga gurunya 'mengalu-alukan' persaraan si guru besarnya sekarang..
(Mulut tidak berani dibuka, tetapi itulah pengakuan hati mereka yang sebenar)
"CEPATLAH KAU PERGI DARI SEKOLAH INI.."
"KAMI TERTEKAN MENAHAN SABAR.."
"HENDAK MELAWAN, ENGKAU PULA ORANG BERKUASA.."
Lagi cepat bersara lagi bagus..
Lebih cepat tenang dan aman jiwa warga guru di sana..
Cukuplah 4-5 tahun di bawah pemerintahan 'tidak mesra guru' nya..
Bagi kebanyakan guru, bukan lagi kurang mesra guru..
Malah beliau..
Kurang bertimbangrasa..
Mulut pedih..
Mulut lancang..
Terlalu egositik berkomunikasi dengan guru bawahan..
Suka marah-marah bila datang masalah..
(Macam tak boleh selesai baik-baik)
Mudah sangat melenting..
Cepat menyalahkan guru sebelum benar diselidik..
Muka cengil mencuka bila selisih dengan guru..
Kadang-kadang terdetik di hati..
"MANUSIA MACAM INI PUN ADA YE..?"
Siapakah dia ?

Cemburu dengan sekolah lain yang guru besarnya lebih OK..
Akhir kata sebagai luahan hati warga guru di sana..
CEPATLAH MASA BERLALU..
KAMI SUDAH TIDAK SANGGUP BERKORBAN KESABARAN..
BERHADAPAN GURU BESAR YANG HATI KERAS INI..
26 Januari 2010
kononnya 'HERO' segelintir masyarakat kita
sebuah bacaan wajib penyokong Pakatan Rakyat di Malaysia
akan selamatkah status Institusi Beraja kita
di bawah PKR dan DAP ?
unsur ketidakpercayaan terhadap Institusi Raja semakin diperhangatkan di blog dan Facebook
Mahu lihat apa yang malaysia-today tulis tentang Sultan Johor ?
(Klik gambar di atas untuk besarkan)
che'gu Aziz has no comment
ANDA NILAIKANLAH SENDIRI
.................................................................................
Di bawah ini pula adalah keratan dari blog Gutter Malaysia
http://guttermalaysia.blogspot.com/

(klik untuk besarkan)
bukan sahaja yang bukan-Melayu malah yang berbangsa Melayu pun
turut sama menjadi VIRUS sekarang ini
golongan yang tidak suka pada Raja di kalangan Melayu sendiri turut membimbangkan
Apapun, apa yang sangat penting ialah..
Institusi Beraja adalah simbol keutamaan bangsa Melayu dan Islam
che'gu Aziz cuma nak kata
" Dalam Islam hendaklah kita bercakap yang baik-baik sahaja tentang insan yang sudah mati walaupun kita tidak menyukainya di dunia. Dilarang menceritakan apatah lagi mensensasikan keburukan si mati. Yang seIslam dengannya haruslah mendoakan kesejahteraannya di dunia selepas mati. Wajib untuk kita menghormati perasaan saudara-mara si mati yang telah merasa kehilangan"
23 Januari 2010
Pada suatu hari aku keluar berjalan ke sebuah shopping complex..
Terlihat ada seorang ibu..
Lengkap bertudung, berbaju kurung..
Berjalan mesra bersama seorang anak gadisnya..
Yang sudah belia remaja..
Berbaju ranggi, ber-skirt pendek paras lutut..
Persoalannya..
"Kenapa makcik tidak melarang anak gadis makcik pakai skirt pendek di tempat awam ?"
"Sudah dan pernahkah makcik menasihatkannya agar tidak berpakaian seksi ?"
Ada kes yang lagi teruk..
Di mana, si ibunya boleh dikatakan menutup aurat..
Tetapi, anak perempuan yang mengikut di belakangnya..
Pakai macam ini di tempat awam..
Pakai legging..
Ketat bagai nak gila..
Nampak segala bentuk peha dan punggungnya..
Siapa yang pakai legging di tempat awam..
Memang STUPID..
Persoalannya..
"Makcik tidak marah kah anak gadis makcik pakai macam itu di tempat awam ?"
"Sudah dan pernahkah makcik menasihatkannya agar tidak berpakaian seksi ?"
Sebagai ibu bapa, kita seharusnya ada authority atau kuasa untuk menunjuk arah akhlak anak-anak gadis kita apabila keluar dari rumah.
19 Januari 2010
Jumpa video ini dalam Youtube.
Sikap segelintir artis wanita Melayu kita di Malaysia tentang SEKSI dan AURAT
Dengari kata-kata mereka..
Nilaikan dengan iman anda..
Perangai Biar Elok Sikit Wahai Artis Hooii..!
15 Januari 2010

"Gua budak EMO.." kata budak-budak sekolah menengah zaman sekarang..
"Suka hati kamilah ! Ini fesyennnn la beb..."
" Mak ayah kami tak marah pun.." "Cikgu pulak yang bising-bising.."
Tengkorak kamu..
Aku tahulah orang muda suka fesyen...
Tetapi.. yang engkau semua buat rambut serabai macam tu ke sekolah apa pasal haa..?
Sekolah bukan tempat untuk berfesyen stylo macam artis dan budak indie..
Sekolah adalah sebuah tempat formal di mana semua pelajar harus berketerampilan seragam..
Kemas dan berimej seperti seorang pelajar yang berdisiplin..
Budak sekolah perempuan pula kononnya mahu jadi macam ini..
Mahu jadi emo girl yang 'ayu' lagi cool..
Ayu apanya..?
Ikat tocang, rambut depan berjuntai..
GEDIK...!
Ya..nampak GEDIK dan MENGADA-NGADA..
Beg sekolah ringan nak mampus..
Pergi sekolah bukan niat untuk belajar..
Tetapi mahu jadi ratu cantik..
Budak-budak yang ikut peraturan..
Yang pakai elok-elok..
Yang perangai elok-elok..
Kau kutuk keji dan kau tak mahu kawan..
Kau kata pada mereka..
"Kau ni skema lahhhh...geli aku.."
Padahal mereka lah..
Yang ada matlamat pergi ke sekolah..
09 Januari 2010
Di sini..
Sebagai seorang anak Melayu..
Sebagai seorang Muslim yang rasional..
che'guAziz mengutuk dengan sekeras-kerasnya..
Tindakan pihak yang cuba membakar rumah ibadat agama lain..
TINDAKAN ITU ADALAH MELAMPAUI BATAS di dalam Islam..
Pihak yang cuba membakar rumah ibadah agama lain..
Sebagai tanda protes..
Ataupun sengaja untuk mencetuskan huru-hara..
ADALAH BANGANG..!!
SANGAT TIDAK RASIONAL !!
Kaki bangkang yang cuba mengambil kesempatan tuduh-menuduh..
Untuk menjatuhkan kerajaan..
Demi kepentingan politik parti mereka pada waktu sebegini..
JUGA ADALAH BANGANG.!!
Jikalau yang melakukan itu seorang Islam ?
Konon katanya jihad..
Sebenarnya itu bukan jihad..
ITU PERBUATAN BODOH NAMANYA !
Atau...sekiranya sengaja dilakukan oleh..
Individu anonymous yang sengaja mahu mewujudkan saling kebencian antara agama..
Mahu mewujudkan prejudis ke atas agama tertentu..
ORANG ITU ADALAH SANGAT JAHAT !!
Mereka lah punca segala masalah..
MEREKA ADALAH VIRUS DALAM MASYARAKAT !!
Mengapa mesti memilih jalan kekerasan dan kekasaran..??
Untuk menyelesaikan masalah antara kaum dan agama ?
Sedangkan masih wujud lagi ruang dan peluang...
Untuk berunding dan berbincang..
Setiap masalah antara manusia..
Harus dicari penyelesaian yang paling baik..
Pilih cara yang hikmah, bijak dan bertamadun..
Malah di dalam jihad perang sekali pun..
Allah melarang hambanya !
Jangan sesekali merosakkan harta alam, wanita, kanak-kanak, tua dan rumah-rumah ibadah..
che'guAziz sayangkan keamanan dan keharmonian..
Pasti di luar sana ramai juga yang begitu..
Apa faedahnya api berbalas api ?
Kekasaran berbalas kekasaran ?
CINTAILAH KEHARMONIAN HIDUP NEGARA KITA !
P.E.A.C.E untuk semua.
07 Januari 2010
Beberapa minggu yang lalu aku dan isteriku telah melancong ke Melaka. Yaaa...Cuti-Cuti Malaysia !
Macam-macam tempat menarik kami telah pergi. Salah satunya adalah ini..
"PAMERAN ALAT PENDERAAN ZAMAN MEDIEVAL EROPAH !!!"
Berhampiran kota A Famosa..
Orang-orang yang banyak complaint tentang Malaysia.. asyik kata kerajaan Malaysia zalim dan kejam wajib pergi tengok pameran ini.
Bila aku masuk je...meremang bulu roma. GOTHIC...SERAM...MENGERIKAN !
Aku membayangkan betapa sangat kejam tahap syaitan pemerintah eropah zaman medieval dahulu kala..
Langgar perintah ?
Cuba menentang ?
Tidak sama pendapat ?
Berbeza kaum dan agama ?
Jawapannya adalah.. ?????
DARAH...DARAH...ISI PERUT..SULA...PANCUNG...PECAH KEPALA..
Malaysia ?
Paling teruk pun setakat ISA je..
Hidup sihat cukup makan dalam tahanan..
Meriam air, pemedih mata...tak mati pun..
Itu pun banyak bising..
Bersyukurlah anda semua hidup di era yang bertamadun sekarang..
Berterima kasihlah anda dapat kerajaan yang tidak bunuh rakyat sesuka hati..
klik untuk gambar lebih jelas
klik untuk gambar lebih jelas
**Teruskan menyokong BN. Pemerintahan yang aman dan stabil...
25 Disember 2009
Perempuan yang pakai legging di tempat awam memang STUPID..
Those women who wear legging in public are STUPID..
Anda tahu apa maksud STUPID ?
Perempuan macam ini tidak innocent sebab..
Mereka tahu pakaian itu STUPID tetapi masih berani pakai..
Pakai legging sama seperti tidak pakai seluar langsung..
Pakai legging nampak macam telanjang, semi-naked..
Lelaki akan melihat betis dan peha anda yang telanjang apabila anda memakai legging..
Sebab legging yang anda pakai itu..
Nipis..
Terlalu ketat..
Terlalu mengikut shape..
Fabrik yang fetish macam pantyhose..
Anda sudah tahu itu semua ??
Tetapi masih berani pakai legging di public.. ?
Itu bermakna you are beautiful but STUPID !
15 Disember 2009
Merotan tak boleh..
Mendenda serba salah..
Cikgu dalam dilema
Guru besar: Cikgu-cikgu...tak payahlah denda-denda pelajar ni. Perlu ke rotan, denda-mendenda ni cikgu ? Saya rasa tak perlulah cikgu..
Suasana bilik mesyuarat menjadi seperti sarang tebuan. Penuh dengan dengungan rungutan cikgu-cikgu yang tidak bersetuju dan tidak berpuas hati dengan kenyataan itu.
Cikgu A: Kalau tak denda, nanti mereka (pelajar) tidak hormat guru !! (bercakap kepada rakan sebelahnya dengan nada yang rendah, takut guru besar dengar)
Kalaulah mendenda pelajar pun sudah tak boleh..
Bagaimana lagi cikgu nak bagi pengajaran pada budak yang degil..
Setakat marah-marah mulut je lah...
Sebenarnya..
Konsep 'ganjaran' dan 'hukuman' adalah lumrah..
Apa yang hendak dihairankan ?
Apa yang hendak diperdebatkan ?
Ada baik..ada buruk..
Ada pahala..ada dosa..
Buat baik masuk syurga..buat jahat masuk neraka..
Langgar lampu merah, kena saman..
Malas belajar di rumah ayah rotan..
Budak-budak mesti difahamkan bahawa..
Buat tidak baik kesannya buruk..
Buat tidak baik, hukuman menanti..
Menyekat proses di atas..
Akan menyekat kesedaran moral budak itu..
Pernah tengok filem "Anakku Sazali" lakonan P. Ramlee ?
Zaman sekarang ramai budak berpotensi menjadi Sazali..
Sebab mak bapak mereka memanjakan anak macam Sazali..
Di sekolah..
Cikgu-cikgu terpaksa melayan anak mereka macam Sazali..
Sebab nanti mak bapak marah cikgu...
Recently..
Selangor and other Pakatan Rakyat' states..
Decide to boycott Kursus Birotatanegara by saying..
It is racist and has no benefits to Malaysia..
But, watch this..
This man once said something positive about BTN, Keistimewaan Orang Melayu and DEB..
But when in Pakatan Rakyat he said different thing..
Link: Matlamat Kursus Biro Tatanegara


